Laporan oleh Saudari Nor Haziqah Hamidah binti Mohd Sahfani, 27 September 2022 (Selasa)
JOHOR BAHRU – Pendaftaran
Pelajar Baharu Politeknik METrO Johor Bahru bagi Program Diploma Pengurusan
Logistik dan Rantaian Bekalan serta Diploma Keusahawanan telah berlangsung pada 4
September 2022 bersamaan hari Ahad. Seramai 76 pelajar baharu Sesi I 2022/2023 telah
berjaya mendaftarkan diri.
Antara pengisian pada hari Pendaftaran Pelajar Baharu:
- Pendaftaran SPMP pelajar baharu
- Penyerahan dokumen pelajar baharu bersama Pegawai HEP
- Sesi fotografi Kad Pendaftaran pelajar baharu
- Penyerahan barang koperasi
- Taklimat ibubapa di Khemah Utama
Program diteruskan
pada esok hari iaitu Majlis Suai Kenal (MSK) yang wajib dihadiri oleh
pelajar-pelajar baharu. Tujuan diadakan MSK ini adalah untuk sesi suai kenal
dengan pihak pengurusan dan memberi peluang kepada pelajar baharu menyesuaikan
diri dengan keadaan persekitaran dan pembelajaran di Politeknik METrO Johor
Bahru. Program ini telah berlangsung selama tiga (3) hari iaitu bermula dari 5
September 2022 sehingga 7 September 2022. Seterusnya, juga telah berlangsung
Penutup Majlis Suai Kenal sesi 1 202/2023 bagi Program Diploma Logistik Dan
Rantaian Bekalan, Diploma Keusahawanan, dan Diploma Kewangan Dan Perbankan
Islam bertarikh 8 September 2022 (Khamis). Program ini bertempat di Bilik
Kuliah (3-6).
Perjalanan Majlis
Suai Kenal (MSK)
Para pelajar baharu telah menghadiri Program Majlis Suai Kenal (MSK) yang terlaksana selama tiga (3) hari bertarikh 5 September 2022 sehingga 7 September 2022. Program ini dikemudi oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dibantu sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta sukarelawan terlatih. Program ini bertempat di Bilik Kuliah (3-6).
Pada hari pertama MSK, pelajar baharu diberikan taklimat MSK iaitu serba sedikit perjalanan sepanjang hari MSK berlangsung oleh Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar dan Ustaz Mohd Fazrin. Terdapat beberapa slot oleh pegawai terlibat sepanjang Majlis Suai Kenal berlangsung, iaitu:
- Halatuju Pelajar - Ketua Jabatan Akademik (KJA) dan Ketua Program (KP)
- Taklimat Peperiksaan - Puan Norsela binti A.Manaf
- “Tanggungjawab Kepada Negara” – Penceramah: Puan Nazirah binti Ripin (Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan Malaysia)
- Bicara Belia: Kokurikulum di PMJB – En. Noor Faris Aqmal bin Kamarunzaman
- Kenali PMJB: Perpustakaan – Puan Azrina binti Dollah Hussin
- Kenali PMJB: Pegawai Perhubungan Awam – Puan Siti Faezah binti Ahmad Sazali
- Slot borak keselamatan – Anggota Balai Polis Majidee
- Bual Santai Bersama HEP – Pegawai HEP (Disiplin, Biasiswa, Psikologi, Kebudayaan)
- Slot bersama sukarelawan
- Pendaftaran Kursus DLS & DEN – Penasihat DLS1A, DLS1B, dan DEN1
- Explore PMJB – Sukarelawan MSK
Penutup Majlis Suai
Kenal Sesi 1 2022/2023
Penutup Majlis Suai Kenal yang telah dirasmikan oleh Puan Hajah Noor
Afizah binti Atan, Timbalan Pengarah dan Pihak Pengurusan Politeknik METrO
Johor Bahru.
Berikut merupakan perjalanan disepanjang Penutup Majlis Suai Kenal berlangsung:
- Ketibaan pengurusan
- Nyanyian tiga (3) buah lagu: Bangsa Johor, Negaraku, dan Politeknik Malaysia
- Bacaan Doa – saudara Fauan Al-Achy bin Yendry Ardy
- Bacaan Ikrar Pelajar – saudara Ahmad Ridhauddin bin Abdul Rahman
- Ucapan Timbalan Pengarah
- Video Montaj
- Persembahan Pelajar
- Sesi Bergambar Bersama Pengurusan
Penutup Majlis Suai
Kenal (MSK) telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan para pelajar
baharu, pegawai-pegawai terlibat, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta
sukarelawan terlatih. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Majlis Suai Kenal sesi I 2022/2023. Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi I 2022/2023 ke Politeknik METrO
Johor Bahru. Selamat Maju Jaya juga diucapkan kepada pelajar baharu dalam melangkah
masuk ke dunia Diploma selama lima (5) semester bagi Program Diploma Logistik
Dan Rantaian Bekalan serta Diploma Keusahawanan, dan enam (6) semester bagi
Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam. Diharapkan program MSK yang akan datang
dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak yang terlibat.
SEKIAN
Comments
Post a Comment