Laporan oleh Saudara Qatadah Bin Zainol, 17 Oktober 2022 (Isnin) JOHOR BAHRU - Bersempena dengan bulan Rabiulawal, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1444H. Program ini kembali meriah dilaksanakan setelah COVID-19 melanda Malaysia dua tahun yang lalu. Sambutan dari pelajar amat memberangsangkan yang mana disertai oleh semua pelajar PMJB yang terdiri daripada setiap program iaitu Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan, Keusahawanan dan Kewangan dan Perbankan Islam. Program ini bertujuan untuk memperingati tarikh kelahiran insan yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada 12 Rabiulawal. Jadi organisasi MPP mengambil inisiatif untuk pelajar bersama-sama mengenal dengan lebih mendalam biodata Rasulullah dengan menjemput penceramah luar iaitu Encik Norul Ahmady Bin Abdul Rahman . Selain itu juga aktiviti lain yang diadakan ialah perarakan oleh semua pelajar diiringi selawat kepada junjungan besar Ras...
BANGSA PMJB! PIMPINAN WADAH KEBERSAMAAN