Skip to main content

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H PERINGKAT PMJB

 

Laporan oleh Saudara Qatadah Bin Zainol, 17 Oktober 2022 (Isnin)

JOHOR BAHRU - Bersempena dengan bulan Rabiulawal, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1444H. Program ini kembali meriah dilaksanakan setelah COVID-19 melanda Malaysia dua tahun yang lalu. Sambutan dari pelajar amat memberangsangkan yang mana disertai oleh semua pelajar PMJB yang terdiri daripada setiap program iaitu Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan, Keusahawanan dan Kewangan dan Perbankan Islam.

Program ini bertujuan untuk memperingati tarikh kelahiran insan yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada 12 Rabiulawal. Jadi organisasi MPP mengambil inisiatif untuk pelajar bersama-sama mengenal dengan lebih mendalam biodata Rasulullah dengan menjemput penceramah luar iaitu Encik Norul Ahmady Bin Abdul Rahman.

Selain itu juga aktiviti lain yang diadakan ialah perarakan oleh semua pelajar diiringi selawat kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W. Hal ini sinonim dengan Sambutan Maulidur Rasul bagi sentiasa memperingati dan selalu berselawat ke atas junjungan besar Baginda S.A.W. Sebagai seorang hamba Allah kita dituntut untuk sentiasa berselawat kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T tersangatlah besar kepada hambanya yang sentiasa mengingati kekasihNya. Allah telah menyebut di dalam Al-Quran : 

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”



Setelah selesai perarakan, pelajar kembali berkumpul di Bilik Kuliah 3,4,5 dan 6 bagi mendengar tausiyah yang disampaikan oleh Pensyarah PMJB iaitu Ustaz Dr. Khairul Nizam bin Mohd Khalid. Tausiyah ini disampaikan kepada pelajar bagi menghayati segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Baginda Rasulullah S.A.W bagi menegakkan agama Islam. Ustaz juga berpesan kepada semua pelajar agar sentiasa menerapkan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah terutama sekali dari segi pelajaran. Hal sedemikian telah dapat membangkitkan semula semangat para pelajar dalam menempuh pelbagai cabaran dalam menuntut ilmu. Di samping acara kemuncak iaitu Ceramah Aman Palestin yang disampaikan oleh Encik Norul Ahmady Bin Abdul Rahman, beliau mengupas kisah dan pengalaman sepanjang mengurus Aman Palestin. Pelbagai kisah yang dikongsikan dapat dilihat oleh pelajar bahawa betapa susah dan gigihnya rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim zionis Israel.


Perkara sebegini telah meningkatkan kesedaran kepada para pelajar untuk sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan kerana kita telah hidup dalam keadaan serba mewah. Ramai lagi manusia diluar sana sedang bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu dalam meneruskan kehidupan. Sehubungan itu organisasi MPP ingin berterima kasih kepada Unit Hal Ehwal Pelajar diatas sokongan yang telah diberikan bagi melaksanakan dan menjayakan program ini dan diharapkan program seperti ini dapat diadakan kembali di masa mendatang agar seluruh pelajar PMJB mendapat manfaat dengan program ilmiah dan rohani serta dapat memupuk semangat cintakan Islam dan Rasulullah SAW.

SEKIAN

Comments

Popular posts from this blog

APRESIASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN PEMBUBARAN ORGANISASI MPP 2022

  Laporan oleh Saudari Nur Amirah Eidayu Binti Mahudin, 15 Januari 2023 (Ahad) JOHOR BAHRU - 12 Januari 2023 telah berlangsungnya Apresiasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi menghargai jasa organisasi MPP yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program sepanjang tahun 2022 yang lalu. Majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz iaitu Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru. Turut hadir sama dalam majlis ini iaitu Puan Hajah Noor Afizah Binti Atan (Timbalan Pengarah), Puan Wido Mes Wati Binti Sukadi (Ketua Jabatan Akademik), Puan Zilhaya Binti Mokdeh (Ketua Jabatan Sokongan Akademik), Puan Nurzarimah Binti Jamil (Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar), Encik Muhammad Azrul Hambali Bin Ghazalli (Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar) dan pensyarah di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar yang diundang serta yang teristimewa ahli organisasi Majlis Perwakilan Pelajar. Majlis ini telah diadakan di Lapola Cafe, Level G Politeknik METrO Johor Bahru. Dalam majlis apres...

MAJLIS SUAI KENAL (DLS & DEN) DAN MAJLIS PENUTUP SESI I 2022/2023

  Laporan oleh Saudari Nor Haziqah Hamidah binti Mohd Sahfani, 27 September 2022 (Selasa)   JOHOR BAHRU – Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik METrO Johor Bahru bagi Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan serta Diploma Keusahawanan telah berlangsung pada 4 September 2022 bersamaan hari Ahad. Seramai 76 pelajar baharu Sesi I 2022/2023 telah berjaya mendaftarkan diri. Antara pengisian pada hari Pendaftaran Pelajar Baharu: Pendaftaran SPMP pelajar baharu Penyerahan dokumen pelajar baharu bersama Pegawai HEP Sesi fotografi Kad Pendaftaran pelajar baharu Penyerahan barang koperasi Taklimat ibubapa di Khemah Utama Sesi taklimat bersama Ibubapa bersama barisan Pengurusan PMJB Pelajar Baharu bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar Sesi fotografi bagi Kad Pendaftaran pelajar Program diteruskan pada esok hari iaitu Majlis Suai Kenal (MSK) yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar baharu. Tujuan diadakan MSK ini adalah untuk sesi suai kenal dengan pihak pengurusan dan me...

"MEET-and-GREET" MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH

Laporan oleh Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar, 18 Ogos 2022 (Khamis) JOHOR BAHRU - Satu perjumpaan khas yang diaturkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar yang membabitkan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) bersama Tuan Pengarah PMJB iaitu Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz yang bertempat di Bilik Mesyuarat Tebrau, Aras 3 Bangunan Utama. Rentetan daripada perjumpaan santai tersebut, Tuan Pengarah mengucapkan syabas dan tahniah diatas segala jasa dan bakti ahli Majlis Perwakilan Pelajar dalam menggerakkan setiap program serta aktiviti kampus yang telah dianjurkan sepanjang Sesi II 2021/2022. Disepanjang tempoh pengajian, MPP telah melaksanakan semua program dengan jayanya termasuklah program utama yang berimpak tinggi serta program usahasama dalam membantu Unit Hal Ehwal Pelajar serta Kelab Pembimbing Rakan Siswa. Dalam masa yang sama juga, Tuan Pengarah mengingatkan kepada semua ahli MPP dalam kesibukan masa melaksanakan program atau aktiviti yang telah di...