Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MAJLIS SUAI KENAL (MSK) SESI II 2022/2023

  Laporan oleh Saudari Nor Haziqah Hamidah binti Mohd Sahfani, 6 Februari 2023 (Isnin) JOHOR BAHRU - Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik METrO Johor Bahru Sesi II 2022/2023 yang telah berlangsung pada 29 Januari 2023 telahpun sempurna dan berjalan dengan lancar. Pada hari tersebut, seramai 60 orang pelajar baharu telahpun berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar dibawah program Diploma Pengurusan Logistik Dan Rantaian Bekalan (DLS-WBL), Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB-LI), dan Diploma Keusahawanan (DEN-WBL). Antara pengisian pada hari Pendaftaran Pelajar Baharu: Pendaftaran SPMP pelajar baharu yang masih belum mendaftarkan diri Penyerahan dokumen pelajar baharu bersama Unit Hal Ehwal Pelajar di Sesi bergambar bagi Kad Pelajar di MK 1 Penyerahan barang koperasi kepada pelajar baharu di Koperasi Taklimat ibubapa bersama pihak pengurusan bertempat di Bilik Kuliah 3 - 6   Pendaftaran SPMP pelajar baharu Penyerahan dokumen pelajar Sesi fotografi kad pelaja...

PROGRAM BIND AND LEARN TAHUN 2023 BIL 1

  Laporan oleh Saudari Nor Haziqah Hamidah binti Mohd Sahfani, 6 Februari 2023 (Isnin) JOHOR BAHRU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan program  Bind and Learn Tahun 2023 Bil 1   yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 27 Januari 2023 sehingga 28 Januari 2023 , bertempat di sekitar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Program ini disertai oleh lima belas  (15) pelajar organisasi MPP termasuk sukarelawan yang telah mendaftarkan diri dari kalangan pelajar PMJB. Tujuan program ini adalah persediaan dalam membantu Unit Hal Ehwal Pelajar dalam melaksanakan proses di hari pendaftaran pelajar baharu dan mengelolakan Majlis Suai Kenal (MSK) yang akan dilaksanakan sejurus dari program ini berakhir. Dengan program ini barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan sukarelawan Minggu Suai Kenal dapat merangka aktiviti serta program yang akan dijalankan sepanjang tempoh bertugas. Selain itu juga, dapat membentuk jati diri khususnya dalam sifat kepimpinan y...