Laporan oleh Saudari Nor Haziqah Hamidah binti Mohd Sahfani, 6 Februari 2023 (Isnin)
JOHOR BAHRU - Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik METrO Johor Bahru Sesi II 2022/2023 yang telah berlangsung pada 29 Januari 2023 telahpun sempurna dan berjalan dengan lancar. Pada hari tersebut, seramai 60 orang pelajar baharu telahpun berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar dibawah program Diploma Pengurusan Logistik Dan Rantaian Bekalan (DLS-WBL), Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB-LI), dan Diploma Keusahawanan (DEN-WBL).
Antara pengisian pada hari Pendaftaran Pelajar Baharu:
- Pendaftaran SPMP pelajar baharu yang masih belum mendaftarkan diri
- Penyerahan dokumen pelajar baharu bersama Unit Hal Ehwal Pelajar di
- Sesi bergambar bagi Kad Pelajar di MK 1
- Penyerahan barang koperasi kepada pelajar baharu di Koperasi
- Taklimat ibubapa bersama pihak pengurusan bertempat di Bilik Kuliah 3 - 6
Pendaftaran SPMP pelajar baharu
Penyerahan dokumen pelajar
Sesi fotografi kad pelajar
Seusai Hari Pendaftaran Pelajar, pada keesokannya program diteruskan dengan Majlis Suai Kenal (MSK) yang mana ia adalah wajib dihadiri oleh pelajar baharu untuk menghadiri kesemua slot yang telah diaturkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP). Tujuan diadakan MSK ini adalah untuk sesi suai kenal dengan pihak pengurusan dan memberi peluang kepada pelajar baharu menyesuaikan diri dengan keadaan, persekitaran dan pembelajaran di Politeknik METrO Johor Bahru. Program ini telah berlangsung selama empat (4) hari iaitu bermula dari 30 Januari 2023 sehingga 2 Februari 2023 yang mana diakhiri dengan Penutup Majlis Suai Kenal Sesi II 2022/2023 yang bertempat di Bilik Kuliah 3 - 6.
Perjalanan Majlis Suai Kenal (MSK)
Pelajar baharu telah menghadiri Program Majlis Suai Kenal (MSK) yang terlaksana selama tiga (3) hari bertarikh 30 Januari 2023 sehingga 1 Februari 2023. Program ini dikemudi oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dibantu sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta sukarelawan terlatih.
Pada hari pertama MSK, pelajar baharu diberikan taklimat MSK iaitu serba sedikit perjalanan sepanjang hari MSK berlangsung oleh Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar iaitu Puan Nurzarimah Binti Jamil, Pegawai Pembangunan Pelajar iaitu Ustaz Mohd Fazrin dan Pegawai Pengambilan Pelajar iaitu Puan Nur Shazwani Binti Sadzali. Terdapat beberapa slot yang disampaikan oleh pegawai yang terlibat sepanjang Majlis Suai Kenal berlangsung, iaitu:
- Halatuju Pelajar - Ketua Jabatan Akademik (KJA) dan Ketua Program (KP)
- Taklimat Peperiksaan - Puan Syahidah binti Samsudin
- “Save the Earth” – Encik Mohd Nasrul bin Aris
- Bicara Sukan di PMJB – Encik Noor Faris Aqmal bin Kamarunzaman
- “Don’t mess with PMJB!” – Encik Muhammad Azrul Hambali bin Ghazalli
- Kenali PMJB: Perpustakaan – Puan Azrina binti Dollah Hussin
- Kenali PMJB: Pegawai Perhubungan Awam – Puan Siti Faezah binti Ahmad Sazali
- Slot Kokurikulum – Puan Junaidah binti Mohd. Daud
- Slot bersama Sukarelawan
- Pendaftaran Kursus DLS, DEN & DIB – Penasihat DLS 1A, DLS 1B, DIB 1A dan DEN 1A
- Let’s Explore PMJB! – Sukarelawan MSK
Explore PMJB bersama Sukarelawan
Latihan nyanyian Lagu Politeknik Malaysia
Slot dalam kumpulan bersama Sukarelawan
Slot aktiviti dalam kumpulan bersama Sukarelawan
Penutup Majlis Suai Kenal Sesi II 2022/2023
Program terakhir iaitu Penutup Majlis Suai Kenal telah dirasmikan oleh Puan Hajah Noor Afizah binti Atan, Timbalan Pengarah dan turut hadir sama pihak Pengurusan Politeknik METrO Johor Bahru.
Berikut merupakan perjalanan disepanjang Penutup Majlis Suai Kenal berlangsung:
- Ketibaan pihak Pengurusan
- Bacaan Al-Quran serta Terjemahan oleh pelajar Semester 1
- Bacaan Doa Majlis oleh pelajar Semester 1
- Nyanyian tiga (3) buah lagu: Bangsa Johor, Negaraku, dan Politeknik Malaysia
- Ucapan Perasmian Penutup dari Timbalan Pengarah
- Lafaz Ikrar Pelajar Baharu disampaikan oleh wakil pelajar Semester 1
- Persembahan Video Montaj oleh AJK Multimedia Majlis Suai Kenal
- Persembahan Koir Pelajar Semester 1
- Sesi Bergambar bersama pihak Pengurusan
Konduktor Persembahan Pelajar
Persembahan Koir Pelajar
Sesi bergambar bersama Pengurusan dan Pelajar
Penutup Majlis Suai Kenal (MSK) telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan oleh semua pelajar baharu, pegawai-pegawai terlibat, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Sukarelawan terlatih. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Majlis Suai Kenal Sesi II 2022/2023. Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi II 2022/2023 ke Politeknik METrO Johor Bahru. Selamat Maju Jaya juga diucapkan kepada pelajar baharu dalam melangkah masuk ke dunia Diploma selama lima (5) semester bagi Program Diploma Logistik Dan Rantaian Bekalan serta Diploma Keusahawanan, dan enam (6) semester bagi Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam. Diharapkan program MSK yang akan datang dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak yang terlibat.
- SEKIAN -
Comments
Post a Comment