Skip to main content

HARI PENDAFTARAN & MAJLIS SUAI KENAL SESI I 2022/2023


Laporan oleh Saudari Arfa Safwanah Binti Mohd Anuar Musaad, 21 Ogos 2022 (Ahad)

JOHOR BAHRU – Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik METrO Johor Bahru bagi Program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam telah berlansung pada 14 Ogos 2022. Seramai 15 orang pelajar baharu Sesi I 2022/2023 telahpun berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar dan hari seterusnya adalah wajib bagi pelajar baharu mengikuti Majlis Suai Kenal (MSK). Majlis Suai Kenal, sinonimnya seperti induksi bagi menyambut mesra kehadiran pelajar baharu yang berjaya terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Politeknik. Program MSK ini telahpun berlangsung selama Tiga (3) hari iaitu bermula dari 15 Ogos 2022 sehingga 17 Ogos 2022. Program MSK ini dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan ia dibantu sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta sukarelawan terlatih. Tujuan utama MSK ini adalah bagi memperkenalkan dengan lebih dekat Politeknik METrO Johor Bahru kepada pelajar baharu dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran pembelajaran di Politeknik.

Antara aktiviti – aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Hari Pendaftaran dan Majlis Suai Kenal Sesi I 2022/2023


Pendaftaran pelajar dan Taklimat Ibubapa

Pendaftaran pelajar baharu telah diadakan pada 14 Ogos 2022, bermula seawall jam 9.00 Pagi yang berlangsung di Aras 1 dengan penggunaan kelas TEC 1 bagi penyerahan dokumen-dokumen penting pelajar kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar bagi tujuan pengesahan maklumat dan penempatan. Bagi kod pemakaian pelajar baharu juga telah ditetapkan mengikut Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu dengan menetapkan pelajar lelaki perlu memakai kemeja manakala bagi pelajar perempuan perlu bertudung oren dan berbaju kurung. Ini adalah untuk menyeragamkan bagi tujuan mengambil gambar pelajar dalam penyediaan Kad Pelajar. Proses pengambilan gambar telah dilakukan di MK1. Seterusnya pada jam 10.30 pagi, satu sesi Taklimat bersama Ibubapa berlangsung di Bilik Kuliah 5 – 6 di Aras 2. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Timbalan Pengarah iaitu Puan Hajah Noor Afizah Binti Atan, Ketua Jabatan Akademik iaitu Puan Wido Mes Wati Binti Sukadi, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar iaitu Puan Nurzarimah Binti Jamil dan Yang Di Pertua Pelajar iaitu Saudara Said Shahrul Bin Jemain. Dalam taklimat tersebut, Timbalan Pengarah memperkenalkan PMJB dengan lebih dekat kepada Ibubapa dan sesi soal jawab berkenaan dengan apa saja perkara yang ingin diketahui oleh ibubapa pelajar yang meliputi hal-hal pendaftaran, yuran, kebajikan, rumah sewa, pengangkutan serta persekitaran di PMJB dan lain-lain.


Perjalanan Majlis Suai Kenal (MSK) selama Tiga (3) hari

Majlis Suai Kenal (MSK) ini dilaksanakan tiga (3) hari bertarikh 15 Ogos 2022 sehingga 17 Ogos 2022. Permulaan hari MSK, pelajar baharu diterangkan serba sedikit perjalanan sepanjang tempoh MSK dijalankan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar. Seterusnya perjalanan program diteruskan dengan kendalian oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Sukarelawan terlatih untuk aktiviti-aktiviti ice breaking. Disepanjang Majlis Suai Kenal, pelajar baharu diberikan beberapa slot taklimat oleh pegawai terlibat seperti:
  • Halatuju Pelajar DIB : Ketua Jabatan Akademik (KJA) dan Ketua Program (KP)
  • Taklimat Peperiksaan : Puan Norsela
  • Bicara Belia, Kokurikulum di PMJB : Encik Noor Faris Aqmal
  • Kenali PMJB : Perpustakaan - Puan Azrina
  • Kenali PMJB : Pegawai Perhubungan Awam - Puan Siti Faezah
  • Bual Santai bersama HEP : Pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar (Disiplin, Tajaan/Biasiswa, Psikologi, Kebudayaan)
  • Taklimat Sistem PA : Puan Faizah
  • Perjumpaan Penasihatan Akademik : Puan Nurlinda
Perjalanan Majlis Suai Kenal telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan semua pelajar baharu, pegawai-pegawai dan Majlis Perwakilan Pelajar serta Sukarelawan terlatih. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Selamat Maju Jaya juga diucapkan kepada Pelajar Baharu Sesi I 2022/2023 dalam menempuhi segala cabaran selama enam (6) semester dalam bidang Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. Diharapkan juga untuk program MSK yang akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan penuh komitmen yang tinggi dari semua pihak.

Explore PMJB

Pelancaran bulan kemerdekaan

Slot Bersama sukarelawan

SEKIAN

Comments

Popular posts from this blog

APRESIASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN PEMBUBARAN ORGANISASI MPP 2022

  Laporan oleh Saudari Nur Amirah Eidayu Binti Mahudin, 15 Januari 2023 (Ahad) JOHOR BAHRU - 12 Januari 2023 telah berlangsungnya Apresiasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi menghargai jasa organisasi MPP yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program sepanjang tahun 2022 yang lalu. Majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz iaitu Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru. Turut hadir sama dalam majlis ini iaitu Puan Hajah Noor Afizah Binti Atan (Timbalan Pengarah), Puan Wido Mes Wati Binti Sukadi (Ketua Jabatan Akademik), Puan Zilhaya Binti Mokdeh (Ketua Jabatan Sokongan Akademik), Puan Nurzarimah Binti Jamil (Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar), Encik Muhammad Azrul Hambali Bin Ghazalli (Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar) dan pensyarah di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar yang diundang serta yang teristimewa ahli organisasi Majlis Perwakilan Pelajar. Majlis ini telah diadakan di Lapola Cafe, Level G Politeknik METrO Johor Bahru. Dalam majlis apres...

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MAJLIS SUAI KENAL (MSK) SESI II 2022/2023

  Laporan oleh Saudari Nor Haziqah Hamidah binti Mohd Sahfani, 6 Februari 2023 (Isnin) JOHOR BAHRU - Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik METrO Johor Bahru Sesi II 2022/2023 yang telah berlangsung pada 29 Januari 2023 telahpun sempurna dan berjalan dengan lancar. Pada hari tersebut, seramai 60 orang pelajar baharu telahpun berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar dibawah program Diploma Pengurusan Logistik Dan Rantaian Bekalan (DLS-WBL), Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB-LI), dan Diploma Keusahawanan (DEN-WBL). Antara pengisian pada hari Pendaftaran Pelajar Baharu: Pendaftaran SPMP pelajar baharu yang masih belum mendaftarkan diri Penyerahan dokumen pelajar baharu bersama Unit Hal Ehwal Pelajar di Sesi bergambar bagi Kad Pelajar di MK 1 Penyerahan barang koperasi kepada pelajar baharu di Koperasi Taklimat ibubapa bersama pihak pengurusan bertempat di Bilik Kuliah 3 - 6   Pendaftaran SPMP pelajar baharu Penyerahan dokumen pelajar Sesi fotografi kad pelaja...