Laporan oleh Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar, 18 Ogos 2022 (Khamis)
JOHOR BAHRU - Satu perjumpaan khas yang diaturkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar yang membabitkan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) bersama Tuan Pengarah PMJB iaitu Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz yang bertempat di Bilik Mesyuarat Tebrau, Aras 3 Bangunan Utama.
Rentetan daripada perjumpaan santai tersebut, Tuan Pengarah mengucapkan syabas dan tahniah diatas segala jasa dan bakti ahli Majlis Perwakilan Pelajar dalam menggerakkan setiap program serta aktiviti kampus yang telah dianjurkan sepanjang Sesi II 2021/2022. Disepanjang tempoh pengajian, MPP telah melaksanakan semua program dengan jayanya termasuklah program utama yang berimpak tinggi serta program usahasama dalam membantu Unit Hal Ehwal Pelajar serta Kelab Pembimbing Rakan Siswa.
Dalam masa yang sama juga, Tuan Pengarah mengingatkan kepada semua ahli MPP dalam kesibukan masa melaksanakan program atau aktiviti yang telah direncanakan, jangan sesekali ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawab utama sebagai seorang pelajar dalam menuntut ilmu bidang masing-masing. Peringatan tersebut disampaikan kepada semua ahli agar lebih peka dan mengutamakan bidang Akademik supaya setiap dari ahli tetap berada di landasan yang betul dalam mengimbangi Akademik dan Persatuan.
Turut serta Timbalan Pengarah iaitu Puan Hajah Noor Afizah Binti Atan turut menzahirkan rasa dan memberikan kata-kata rangsangan, dorongan serta semangat kepada semua ahli supaya tidak memandang ringan soal pencapaian Akademik. Kerana akademik amatlah penting dan berharap agar semua ahli akan mendapat keputusan yang baik yang mana keputusan yang bakal diraih nanti akan menjamin masa hadapan kelak. Antara perkara yang disentuh oleh Timbalan Pengarah iaitu dari segi pencapaian akademik ahli dan sikap sebagai seorang pemimpin pelajar. Dua perkara itu amat selari dalam memastikan kejayaan setiap ahli kerana dalam meraih kejayaan pelajaran itu terletak pada diri setiap ahli di mana mereka harus mempunyai motivasi diri yang tinggi serta mampu meletakkan komitmen yang ada pada diri masing-masing pada tempat yang betul. Sekaligus dapat mencapai kecemerlangan dalam kedua perkara tersebut.
Perjumpaan selama satu jam tersebut telah memberikan semangat yang mendalam di kalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik METrO Johor Bahru untuk berusaha mengimbangi aktiviti dan akademik. Sesi ini juga dapat membuka ruang dan peluang sesama ahli untuk mengutarakan soalan serta pandangan secara terus kepada pengarah. Majlis Perwakilan Pelajar juga menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak pengurusan kerana sudi luang masa bersama disamping dapat menaikkan motivasi diri setiap ahli untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan. Diharap perjumpaan yang membina ini tidak akan berhenti di sini dan dapat diaturkan dari semasa ke semasa.
SEKIAN
Comments
Post a Comment