Skip to main content

Posts

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MAJLIS SUAI KENAL (MSK) SESI II 2022/2023

  Laporan oleh Saudari Nor Haziqah Hamidah binti Mohd Sahfani, 6 Februari 2023 (Isnin) JOHOR BAHRU - Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik METrO Johor Bahru Sesi II 2022/2023 yang telah berlangsung pada 29 Januari 2023 telahpun sempurna dan berjalan dengan lancar. Pada hari tersebut, seramai 60 orang pelajar baharu telahpun berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar dibawah program Diploma Pengurusan Logistik Dan Rantaian Bekalan (DLS-WBL), Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB-LI), dan Diploma Keusahawanan (DEN-WBL). Antara pengisian pada hari Pendaftaran Pelajar Baharu: Pendaftaran SPMP pelajar baharu yang masih belum mendaftarkan diri Penyerahan dokumen pelajar baharu bersama Unit Hal Ehwal Pelajar di Sesi bergambar bagi Kad Pelajar di MK 1 Penyerahan barang koperasi kepada pelajar baharu di Koperasi Taklimat ibubapa bersama pihak pengurusan bertempat di Bilik Kuliah 3 - 6   Pendaftaran SPMP pelajar baharu Penyerahan dokumen pelajar Sesi fotografi kad pelaja...
Recent posts

PROGRAM BIND AND LEARN TAHUN 2023 BIL 1

  Laporan oleh Saudari Nor Haziqah Hamidah binti Mohd Sahfani, 6 Februari 2023 (Isnin) JOHOR BAHRU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan program  Bind and Learn Tahun 2023 Bil 1   yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 27 Januari 2023 sehingga 28 Januari 2023 , bertempat di sekitar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Program ini disertai oleh lima belas  (15) pelajar organisasi MPP termasuk sukarelawan yang telah mendaftarkan diri dari kalangan pelajar PMJB. Tujuan program ini adalah persediaan dalam membantu Unit Hal Ehwal Pelajar dalam melaksanakan proses di hari pendaftaran pelajar baharu dan mengelolakan Majlis Suai Kenal (MSK) yang akan dilaksanakan sejurus dari program ini berakhir. Dengan program ini barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan sukarelawan Minggu Suai Kenal dapat merangka aktiviti serta program yang akan dijalankan sepanjang tempoh bertugas. Selain itu juga, dapat membentuk jati diri khususnya dalam sifat kepimpinan y...

APRESIASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN PEMBUBARAN ORGANISASI MPP 2022

  Laporan oleh Saudari Nur Amirah Eidayu Binti Mahudin, 15 Januari 2023 (Ahad) JOHOR BAHRU - 12 Januari 2023 telah berlangsungnya Apresiasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi menghargai jasa organisasi MPP yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program sepanjang tahun 2022 yang lalu. Majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz iaitu Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru. Turut hadir sama dalam majlis ini iaitu Puan Hajah Noor Afizah Binti Atan (Timbalan Pengarah), Puan Wido Mes Wati Binti Sukadi (Ketua Jabatan Akademik), Puan Zilhaya Binti Mokdeh (Ketua Jabatan Sokongan Akademik), Puan Nurzarimah Binti Jamil (Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar), Encik Muhammad Azrul Hambali Bin Ghazalli (Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar) dan pensyarah di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar yang diundang serta yang teristimewa ahli organisasi Majlis Perwakilan Pelajar. Majlis ini telah diadakan di Lapola Cafe, Level G Politeknik METrO Johor Bahru. Dalam majlis apres...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H PERINGKAT PMJB

  Laporan oleh Saudara Qatadah Bin Zainol, 17 Oktober 2022 (Isnin) JOHOR BAHRU - Bersempena dengan bulan Rabiulawal, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1444H. Program ini kembali meriah dilaksanakan setelah COVID-19 melanda Malaysia dua tahun yang lalu. Sambutan dari pelajar amat memberangsangkan yang mana disertai oleh semua pelajar PMJB yang terdiri daripada setiap program iaitu Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan, Keusahawanan dan Kewangan dan Perbankan Islam. Program ini bertujuan untuk memperingati tarikh kelahiran insan yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada 12 Rabiulawal. Jadi organisasi MPP mengambil inisiatif untuk pelajar bersama-sama mengenal dengan lebih mendalam biodata Rasulullah dengan menjemput penceramah luar iaitu Encik Norul Ahmady Bin Abdul Rahman . Selain itu juga aktiviti lain yang diadakan ialah perarakan oleh semua pelajar diiringi selawat kepada junjungan besar Ras...

MAJLIS SUAI KENAL (DLS & DEN) DAN MAJLIS PENUTUP SESI I 2022/2023

  Laporan oleh Saudari Nor Haziqah Hamidah binti Mohd Sahfani, 27 September 2022 (Selasa)   JOHOR BAHRU – Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik METrO Johor Bahru bagi Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan serta Diploma Keusahawanan telah berlangsung pada 4 September 2022 bersamaan hari Ahad. Seramai 76 pelajar baharu Sesi I 2022/2023 telah berjaya mendaftarkan diri. Antara pengisian pada hari Pendaftaran Pelajar Baharu: Pendaftaran SPMP pelajar baharu Penyerahan dokumen pelajar baharu bersama Pegawai HEP Sesi fotografi Kad Pendaftaran pelajar baharu Penyerahan barang koperasi Taklimat ibubapa di Khemah Utama Sesi taklimat bersama Ibubapa bersama barisan Pengurusan PMJB Pelajar Baharu bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar Sesi fotografi bagi Kad Pendaftaran pelajar Program diteruskan pada esok hari iaitu Majlis Suai Kenal (MSK) yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar baharu. Tujuan diadakan MSK ini adalah untuk sesi suai kenal dengan pihak pengurusan dan me...

HARI PENDAFTARAN & MAJLIS SUAI KENAL SESI I 2022/2023

Laporan oleh Saudari Arfa Safwanah Binti Mohd Anuar Musaad, 21 Ogos 2022 (Ahad) JOHOR BAHRU – Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik METrO Johor Bahru bagi Program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam telah berlansung pada 14 Ogos 2022. Seramai 15 orang pelajar baharu Sesi I 2022/2023 telahpun berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar dan hari seterusnya adalah wajib bagi pelajar baharu mengikuti Majlis Suai Kenal (MSK). Majlis Suai Kenal, sinonimnya seperti induksi bagi menyambut mesra kehadiran pelajar baharu yang berjaya terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Politeknik. Program MSK ini telahpun berlangsung selama Tiga (3) hari iaitu bermula dari 15 Ogos 2022 sehingga 17 Ogos 2022. Program MSK ini dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan ia dibantu sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta sukarelawan terlatih. Tujuan utama MSK ini adalah bagi memperkenalkan dengan lebih dekat Politeknik METrO Johor Bahru kepada pelajar baharu dalam menyesuaikan diri...

"MEET-and-GREET" MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH

Laporan oleh Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar, 18 Ogos 2022 (Khamis) JOHOR BAHRU - Satu perjumpaan khas yang diaturkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar yang membabitkan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) bersama Tuan Pengarah PMJB iaitu Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz yang bertempat di Bilik Mesyuarat Tebrau, Aras 3 Bangunan Utama. Rentetan daripada perjumpaan santai tersebut, Tuan Pengarah mengucapkan syabas dan tahniah diatas segala jasa dan bakti ahli Majlis Perwakilan Pelajar dalam menggerakkan setiap program serta aktiviti kampus yang telah dianjurkan sepanjang Sesi II 2021/2022. Disepanjang tempoh pengajian, MPP telah melaksanakan semua program dengan jayanya termasuklah program utama yang berimpak tinggi serta program usahasama dalam membantu Unit Hal Ehwal Pelajar serta Kelab Pembimbing Rakan Siswa. Dalam masa yang sama juga, Tuan Pengarah mengingatkan kepada semua ahli MPP dalam kesibukan masa melaksanakan program atau aktiviti yang telah di...